Saturday, December 12, 2009

Testing..

Testing...

Thursday, August 13, 2009

Doa Keselamatan Daripada Waba' Penyakit


Sumber: http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/ [Mantan Mufti Negeri Sembilan: Dato' Sheikh Hj Murtadza al-Ahmadi]

Thursday, May 7, 2009

Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (OIC) MengHARAMkan Tawarruq Munazzam dan Tawarruf 'Aksi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Al-Solah wa al-Salam 'ala Rasulillah wa 'ala Alihi wa Sahbihi wa man walah,
Amma ba'd:


Dilampirkan di bawah fatwa Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (OIC) di dalam persidangannya ke-19 yang berlangsung di Shariqah, UAE ( 26-30 April 2009) telah menerangkan bahawa di sana terdapat 3 jenis tawarruq:

1. Tawarruq Fiqhi
2. Tawarruf Munazzam
3. Tawarruq 'Aksi

Pihak akademi juga telah membuat keputusan bahawa Tawarruq Munazzam dan Tawarruq 'Aksi adalah haram kerana terdapat persepakatan sama ada secara jelas atau tersirat atau uruf bagi melakukan helah untuk mendapat wang secara tunai dengan tanggungjawab pembayaran yang lebih banyak di masa akan datang (riba').

Dinyatakan di bawah keputusan fatwa tersebut secara penuh dan terjemahan yang penuh (bersama ulasan ringkas) akan dikeluarkan kemudian.

Sejahteralah ke atas mereka yang mengikut petunjuk daripada Allah SWT dan Rasul-Nya.


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم النبيين وعلى آله وصحبه أجمعين

قرار رقم 179 (5/19)

بشأن

التورق: حقيقته، أنواعه (الفقهي المعروف والمصرفي المنظم)

إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي الدولي المنبثق عن منظمة المؤتمر الإسلامي المنعقد في دورته التاسعة عشرة في إمارة الشارقة (دولة الإمارات العربية المتحدة) من 1 إلى 5 جمادى الأولى 1430هـ، الموافق 26 - 30 نيسان (إبريل) 2009م،

بعد اطلاعه على البحوث الواردة إلى المجمع بخصوص موضوع التورق: حقيقته، أنواعه (الفقهي المعروف والمصرفي المنظم)، وبعد استماعه إلى المناقشات التي دارت حوله،

وبعد الاطلاع على قرارات المجمع الفقهي الإسلامي التابع لرابطة العالم الإسلامي بمكة المكرمة بهذا الخصوص،

قرر ما يلي:

أولاً: أنواع التورق وأحكامها:

(1) التورق في اصطلاح الفقهاء: هو شراء شخص (المستورق) سلعة بثمن مؤجل من أجل أن يبيعها نقداً بثمن أقل غالباً إلى غير من اشتُريت منه بقصد الحصول على النقد. وهذا التورق جائز شرعاً، شرط أن يكون مستوفياً لشروط البيع المقررة شرعاً.

(2) التورق المنظم في الاصطلاح المعاصر: هو شراء المستورق سلعة من الأسواق المحلية أو الدولية أو ما شابهها بثمن مؤجل يتولى البائع (المموّل) ترتيب بيعها، إما بنفسه أو بتوكيل غيره أو بتواطؤ المستورق مع البائع على ذلك، وذلك بثمن حال أقل غالباً.

(3) التورق العكسي: هو صورة التورق المنظم نفسها مع كون المستورق هو المؤسسة والممول هو العميل.

ثانياً: لا يجوز التورقان (المنظم و العكسي) وذلك لأن فيهما تواطؤاً بين الممول والمستورق، صراحة أو ضمناً أو عرفاً، تحايلاً لتحصيل النقد الحاضر بأكثر منه في الذمة وهو ربا.

ويوصي بما يلي:

(‌أ) التأكيد على المصارف والمؤسسات المالية الإسلامية باستخدام صيغ الاستثمار والتمويل المشروعة في جميع أعمالها، وتجنب الصيغ المحرمة والمشبوهة التزاماً بالضوابط الشرعية بما يحقق مقاصد الشريعة الغراء، ويجلي فضيلة الاقتصاد الإسلامي للعالم الذي يعاني من التقلبات والكوارث الاقتصادية المرة تلو الأخرى.

(‌ب) تشجيع القرض الحسن لتجنيب المحتاجين للجوء للتورق. وإنشاء المؤسسات المالية الإسلامية صناديق للقرض الحسن.

والله أعلم



Monday, December 29, 2008

Menggunakan Dana Zakat Dalam Projek-projek Pelaburan Berkeuntungan Tanpa Memberi Hak Pemilikan Individu kepada Penerima Zakat [1]


Setelah melihat penyelidikan-penyelidikan yang dibentangkan berkenaan topik "Penggunaan Dana Zakat dalam Projek-projek Yang Berkeuntungan (Mempunyai Pulangan) Tanpa Memberi Pemilikian Secara Individu kepada Para Penerima Zakat"; dan setelah meneliti pendapat-pendapat ahli anggota dan pakar-pakar berkenaan, maka Akademi Fiqh Islam yang telah bersidang untuk kali ke-3 di Amman, Jordan dari 11 sehingga 16 Oktober 1986 telah membuat keputusan bahawa:


Dari sudut prinsip, adalah diharuskan menggunakan harta zakat dalam projek-projek pelaburan yang berakhir pemilikannya kepada para penerima harta zakat atau projek-projek tersebut menjadi sebuah institusi yang berada di bawah pihak berkuasa Shariah yang bertanggungjawab mengutip zakat dan dan mengagihkannya setelah:
  1. Memenuhi hajat keperluan penting (al-massah) dan segera (al-fawriyyah) bagi penerima-penerima zakat; dan
  2. Menyediakan jaminan-jaminan yang mencukupi bagi mengelakkan kerugian (ke atas harta zakat tersebut).

al-muamalat.blogspot.com (c) 2008

Tuesday, December 16, 2008

Hukum Bekerja Di Bank Yang Mengamalkan Riba

Soalan:

Apakah hukum bekerja di institusi perbankan yang mengamalkan riba? Dengan maklumat bahawa di sana terdapat beberapa urusniaga lain bagi bank tersebut yang tidak berasaskan riba?

Jawapan:

Semua urusniaga perbankan yang mengamalkan riba (konvensional) melainkan sedikit sahaja adalah haram. Maka harta yang terhasil atau tumbuh daripadanya adalah haram pada kebiasaannya, iaitu kebanyakannya adalah haram dan sebahagiannya adalah halal.

Oleh keranan itu, haram bekerja di institusi perbankan riba (konvensional) melainkan kerana darurat yang amat sangat di mana seseorang insan itu tidak mendapati jalan lain untuk sementara waktu untuk hidup melainkan dengannya, sehinggalah dia menjumpai pekerjaan yang lain.

Dan harus juga baginya bekerja di bank-bank (konvensional) tersebut dengan tujuan untuk memenuhi hajat iaitu memastikan harta umat ini berada di tangan ahli-ahlinya yang Muslim.

Maka keadaan darurat dan hajat ini perlulah dikadarkan sekadarnya [komen penulis: tidak melebih-lebih].

Sumber: Fatwa Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli

al-muamalat.blogspot.com (c) 2008

Sunday, December 14, 2008

Hukum Menjual Permainan Kanak-kanak Yang Berbentuk Gambar dan Patung [KFH]

Soalan:

Apakah pendapat tuan-tuan berkenaan penjualan barang permainan kanak-kanak berbentuk gambar-gambar dan patung-patung?

Jawapan:

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan mereka yang mengikuti baginda SAW, seterusnya:

Sebenarnya permainan kanak-kanak adalah di antara perkara-perkara yang telah diberi "rukhsoh" (kelonggaran/keringanan hukum) oleh Rasulullah SAW - lebih-lebih lagi jika ia adalah untuk tujuan pengajaran dan memperluaskan minda kanak-kanak.

Patung-patung yang diharamkan ialah yang dimiliki untuk tujuan perhiasan, dan lebih buruk lagi sekiranya untuk dimuliakan seperti patung-patung yang diletakkan di tapak-tapak/kawasan-kawasan lapang bagi tokoh-tokoh, pemimpin-pemimpin dan lain-lain. Dan lebih teruk lagi daripada semua itu, bahkan sehingga termasuk di dalam bab kufur ialah patung-patung yang disediakan untuk ibadat seperti patung-patung yang dinisbahkan kepada Maryam dan [Nabi] Isa [a.s.] dan Budha dan lain-lain.

Wallahu - subhanahu wa ta'ala - a'lam.

Diterjemahkan daripada fatwa Majlis Penasihat Shariah, Kuwait Finance House [Bab Jual-Beli]

al-muamalat.blogspot.com (c) 2008

Saturday, December 13, 2008

Hukum Menjual Pakaian Ketat dan Singkat, TV dan perkakasan satelit serta Kamera Video

Soalan:

Apakah hukum menjual Telefon bimbit yang mempunyai kamera video? Pakaian yang ketat dan singkat kepada perempuan? TV dan perkakasannya?

Jawapan:

Barang-barang seperti telefon bimbit, pakaian wanita yang singkat, perkakasan TV dan perkakasan sistem satelit adalah merupakan barang-barang yang tiada kaitan hukum dengan zatnya. Hukum adalah berkaitan dengan penggunanya atau penggunaannya.

Manusia boleh menggunakan telefon bimbit berkamera video untuk tujuan yang halal atau sebaliknya. Ini adalah kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan. Ia mungkin boleh digunakan untuk membuka aurat dan menyebarkan keburukan, dan dalam masa yang sama ia boleh digunakan untuk kebaikan Islam dan penyebaran ilmu.

Begitu juga dengan wanita yang membeli pakaian yang singkat atau telus pandang, dia boleh memakainya bagi suaminya dan bukan di depan orang ajanib (bukan mahramnya) atau dia boleh memakainya di hadapan orang ajanib, maka dosa adalah ke atasnya. Begitu juga dengan TV dan perkakasan satelit, pengguna boleh menggunakannya untuk menambah pengetahuan, dan dalam masa yang sama dia boleh menggunakannya dalam perkara haram.

Di antara prinsip Shariah ialah:
الحرمة إذا لم تتعين، حلت
Maksudnya: "Apabila sesuatu perkara haram itu tidak pasti/semestinya berlaku, maka perkara tersebut adalah halal."

Imam al-Zayla'ie ada menyebut tentang beberapa perkara yang tidak tertakluk hukum dengan zatnya seperti kambing laga, ayam sabung atau burung laga (digunakan untuk dilagakan sesama binatang), dan beliau berkata bahawa perkara tersebut tidak haram kerana "ain (zat) perkara (binatang) tersebut bukanlah sesuatu yang haram, tetapi pengharaman adalah pada penggunaannya (untuk bersabung dan berlaga)." [Al-Zayla'ie/Tabyin al-Haqa'iq/V. III/Ms. 296-297]

Setiap barang yang boleh digunakan secara kedua-duanya (halal dan haram) harus dijual dan harus berniaga dengannya. Tanggungjawab bagi dosa dan pahala terletak di atas bahu orang yang menggunakannya. Sekiranya dia menggunakan perkara tersebut untuk perkara halal, maka halal hukumnya dan sekiranya dia menggunakannya pada perkara haram, maka dosa itu adalah ke atas dirinya.

Wallahu a'lam.

Diterjemah, diedit dan diringkaskan daripada Fatwa Sheikh Ali al-Jumu'ah, Mufti Republik Mesir [Al-Jumu'ah/al-Bayan/Ms. 365-366]

al-muamalat.blogspot.com (c) 2008

Friday, December 12, 2008

Hukum Menggunakan Anjing Untuk Menjaga Ternakan

Soalan:
Menggunakan anjing untuk menjaga binatang ternakan seperti lembu, adakah sah anjing itu dipelihara oleh orang Islam?

Jawapan:
Hukum menggunakan anjing bagi tujuan ternakan adalah harus.

Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ اقْتَنَى كَلْبًا لَيْسَ بِكَلْبِ صَيْدٍ وَلَا مَاشِيَةٍ وَلَا أَرْضٍ فَإِنَّهُ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِهِ قِيرَاطَانِ كُلَّ يَوْمٍ

Maksudnya: "Barangsiapa memelihara anjing yang bukan anjing pemburuan, bukan anjing yang menjaga ternakan dan bukan anjing yang menjaga kebun, maka sesungguhnya pahala amalannya berkuranglah setiap hari sebanyak 2 qirath."

[Sahih Muslim/No. 2947/R1: Abu Hurairah]

Al-qirath ditafsirkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis yang lain [Sahih Muslim/No. 1575/R1: Thawban]:
الْقِيرَاطُ مِثْلُ أُحُدٍ

Maksudnya: "Satu qirath itu seumpana (besar/berat) bukit Uhud (di Madinah)".

Diedit daripada: Himpunan Fatwa Mufti Negeri Terengganu/MAIDAM/2001/Ms:70-71

al-muamalat.blogspot.com (c) 2008

Thursday, October 16, 2008

Hamish al-Jiddiyyah (هامش الجدية)

Hamish bermaksud: Bahagian (kecil)

Al-Jiddiyyah bermaksud: Kesungguhan


Hamish al-jiddiyyah adalah jumlah bayaran yang dikemukakan oleh pihak pemohon/pembeli kepada pihak penjual berdasarkan permintaan bayaran daripada pihak penjual bagi memastikan kesungguhan pemohon/pembeli dalam sesuatu urusniaga jual-beli. Ia boleh digunakan adalah jual-beli murabahah to the purchase orderer.


Sekiranya pihak pembeli menarik diri daripada jual-beli tersebut setelah ia mencapai tahap ilzam (binding), maka pihak penjual boleh menggunakan hamish al-jiddiyyah sebagai bayaran bagi ganti rugi yang berlaku ke atasnya.


Andainya jumlah hamish al-jiddiyyah ini masih tidak mencukupi untuk menampung kerugian yang berlaku, maka pihak penjual boleh merujuk kepada pemohon (yang telah menarik diri) bagi bagi baki kerugian.


Dan sekiranya jumlah kerugian yang berlaku adalah kurang daripada jumlah hamish al-jiddiyah, maka pihak penjual hendaklah memulangkan baki wang kepada pihak pemohon.


Wallahu a’lam wa ilmuhu atamm.

al-muamalat.blogspot.com (c) 2008

Wednesday, May 21, 2008

Penubuhan ISRA - Satu Langkah ke Hadapan

Quoted from http://www.bnm.gov.my

"Bank Negara Malaysia announces today the establishment of International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

The establishment of ISRA is to promote applied research in the area of Shariah and Islamic finance. It will also act as a repository of knowledge for Shariah views or fatwas and undertake studies on contemporary issues in Islamic financial industry. ISRA will contribute towards strengthening human capital development in the areas of Shariah and provide platform for greater engagement amongst practitioners, scholars, regulators, academicians via research and dialogues, both in the domestic and international environment. Through pioneering research and rigorous intellectual dialogue, ISRA aims to promote innovation and dynamism into new boundaries of Islamic finance. It is envisioned that with greater research and dialogues, mutual respect and recognition would emerge within Islamic financial industry global community.

ISRA will be part of the International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) which would enable the academy to leverage on the existing infrastructure and facilities as well as to tap on the knowledge, expertise and resources of the academic faculty and post graduate students in INCEIF. A Council of Scholars, comprising eminent local and international Shariah scholars will be set up to provide input and assistance in the strategic direction of ISRA’s research works."

....

Bank Negara Malaysia
26th March 2008

For more, read at: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=1594

Tuesday, May 20, 2008

Saleh Kamel: Most of the Islamic Banking Products are not Islamic

Sheikh Saleh Kamel, the Chairman of Islamic Chambers for Business and Industry as well as the Chairman of Dallah alBarakah group stated that most of the Islamic banking products are not Islamic.

The variety in the interpretation and application of Islamic financial products led to confusion amongst some of the practitioners in the industry.

For more details (in arabic), read the report at:

Arabian Business

Tuesday, May 13, 2008

Salam Pengenalan

Bismillahirahmanirrahim
Al-Solah and al-salam upon Sayyidina Muhammad PBUH, his family and companions - May Allah bless them all:

Sayyidina Umar al-Khattab r.a. once said:

"Those who have no understanding (of Islamic jurisprudence) should not trade in our market. If not, he shall fall into the riba whether he wishes or not."

This statement shall make us pondering on the importance of the knowledge of fiqh al-muamalat which has been abandoned by many educational institutions. This blog is dedicated to focus on the education of Muamalat through the compilation of fatawa by the authorized parties.

We will not involve in questions and answers in Muamalat as we have no:
  • ijazah from the fuqaha' to issue fatawa
  • tawliyyah from the umara' to handle the issuance of fatwa
[Penulis blog merasa terpanggil untuk membina blog ini untuk mengenengahkan fatwa-fatwa dan keputusan mesyuarat para ulama' dan institusi fatwa muktabar di dalam perkara-perkara Muamalat. Ia adalah salah satu cara untuk memperkasakan para pelajar penulis blog khasnya dan masyarakat amnya di dalam mempelajari fiqh al-muamalat.

Penulis Blog tidak bercadang untuk terlibat dalam soal-jawab agama atau fatwa isu semasa di Blog ini kerana:
  • Penulis blog bukanlah seorang yang layak untuk berfatwa, bahkan masih lagi belajar dan terus belajar...
  • Penulis blog tidak mempunyai "ijazah" daripada para ulama' muktabar untuk berfatwa.
  • Penulis blog tidak mempunyai tauliah daripada pemerintah untuk berfatwa.
Sekiranya timbul sebarang pertanyaan atau permasalahan, penulis blog akan menyemak di dalam himpunan fatwa-fatwa pihak yang berautoriti dan memindahkan jawapannya ke dalam blog ini. Sekiranya fatwa-fatwa berautoriti tidak dijumpai, maka penulis blog tidak mempunyai autoriti untuk menyatakan pendapatnya di dalam hukum ahkam agama.

Penulis blog menasihati para pengunjung agar tidak mengambil jalan mudah dalam beramal dengan agama Islam. Janganlah tuan-puan mengambil pendapat-pendapat yang diutarakan di dalam "Dunia Internet" oleh individu-individu yang tidak ber"ijazah" dan "tauliah" sebagai sandaran dalam beramal dengan agama.]

Di dalam blog ini juga, penulis menyediakan sebanyak mungkin "links" yang mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan dalam isu-isu berkaitan Muamalat. Penyenaraian blog-blog tersebut bukanlah merupakan satu perakuan oleh penulis tentang isi kandungan "website" atau "blog" tersebut, ia hanyalah merupakan sebagai pemudahcara untuk pengunjung yang berminat mencari lebih banyak bahan bagi tujuan penyelidikan, pembelajaran dan lain-lain.

Wassalam 'ala man ittaba'a al-huda